CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, April 27, 2013

Prolong jaundice & Home phototherapy

Assalamualaikum...

Dah anak ketiga baru ada pengalaman pertama baby jaundice.. Prolong jaundice pulak tu.. Lebih 3 minggu baru beransur pulih.. Most probably due to my blood type being O+ and his is A+.. Alhamdulillah Harris dah sihat.. If not each time menyusu akan rasa risau bila tengok mata putih harris yg kekuningan..

We were introduced to this home phototherapy service dan rasa sangat bersyukur sebab tak perlu admit di hospital.

Pic 1 is the 'machine'. Need a table or something to put it on. In my case it was our MALM drawer from Ikea.. ;) Perlu ada plug point too.

Pic 2 : harris sleeping under the 'lights'. Have to make sure dia kenyang then insyaAllah he will sleep well inside it. Also have to frequently checked him sebab takut the eye cover dah out of position.

Pic 3&4 are the contact details of the company. Please go to their website bluelite.com.my for further details.

Hope this will help other parents out there as well.. InsyaAllah







Thursday, April 4, 2013

Minuman dalam pantang... & growth spurt??

Salam...

Hari ni 4/4 is due date Aliy Harris sbnrnya.. Kire he was born at 38weeks+..
Hajat mmg nak tunggu April tp sbb mama kena elective c-sect so x dpt lah Harris share bday month dgn ayah.. Kalau ikut kalendar Islam, ayah lahir pada 9 Jamadilawal & pd thn 2013 ni, jatuh pada 21 March 2013.. Pun x dpt pilih tarikh itu sbb ayah outstation ke Jepun... Apa2 pun perancangan Allah yang terbaik.. :)

Nak kongsi minuman yg elok diamalkan semasa dlm pantang.. Almost everyday minum air ni 3-4kali sehari. Khasiat boleh menambah darah, mengeluarkan angin dan membanyakkan susu.. InsyaAllah

Bhn2 (pic 1)
Halia 5-6 hiris
Kurma kering 12-15 biji
Segenggam longan kering
Air

Cara2
Masak air hingga mendidih dlm periuk (saya guna periuk vision n air lebih kurg 1 jag)
Basuh dan bilas kurma dan longan
Kurma dikelar2 sedikit
Apabila air sudah mendidih, kecilkan api dan masukkan bhn2
Renehkan selama lbh kurg 2 jam hingga air dlm periuk tinggal separuh dan warna air menjadi gelap spt Pic 2

Tak perlu tambah gula kerana pd saya sudah sedap rasanya.. Buah yg sudah direbus itu juga boleh dimkn tp saya hanya suka mkn longan.. Kurma sudah kembang dan lembik.. Kurma kering dan longan kering ini boleh dibeli di kedai sensei a.k.a kedai ubat cina

Semlm jugak tiba2 baby Harris sgt kuat menyusu.. Bnyk meragam dan kurg tido.. Mcm tiba2 berubah sbb sblm ini dia sgt mudah dijaga.. Spt selalu, saya akan refer encik google la.. So ini jawapan yg saya dpt:

Although growth spurts can happen anytime during the first year, your baby will most likely have his initial spurt between one and three weeks; and another between six and eight weeks. After that, you can expect more at three months, six months, and nine months. The good news: A baby's growth spurts usually last only a couple days, so your baby (and your life) should get back to normal soon.

Utk full article, boleh baca di sini http://www.whattoexpect.com/first-year/ask-heidi/baby-growth-spurts.aspx



Tuesday, April 2, 2013

Menu berpantang - ayam masak halia

Salam...

Hari ni hari ke-9 berpantang.
Hari ni jugak tali pusat baby Aliy Harris dah luruh...

Menu berpantang yg ingin dikongsi ialah ayam masak halia.. (Pic 1)

Bhn2:
Daging ayam bahagian isi dipotong nipis2
Halia dipotong mancis
Minyak bijan
Kicap soya cair
Garam

Cara2:
Panaskan minyak bijan
Tumis halia sehingga agak garing dan keluarkan
Masukkan isi ayam dan goreng hingga agak masak
Masukkan air
Tambah sedikit kicap soya cair dan garam
Sesuaikan rasa dan masaklah hingga mendidih
Masukkan semula halia yg dikeluarkan sblm dihidang bersama nasi panas

Pic 2 - minyak bijan yg digunakan.. Mak ckp boleh je guna minyak biasa tp sbb chinese style mmg guna minyak bijan ms dlm pantang.. Nanti kena google la kebaikan (or keburukan) menggunakan minyak bijan

Selamat mencuba.. :)




Wednesday, March 27, 2013

Pengajaran hari ini

Lain anak lain rezeki
Tak sangka boleh mengalami bengkak susu pada hari ketiga lepas bersalin dan masih di hospital
Baby belum pandai latch dengan betul
Nasib ada bawak pam susu
Tuam dan urut2 kemudian pam
Alhamdulillah kurang sakit
Harap dapat menyusu baby sampai 2 tahun.. InsyaAllah



Pic 1 - Avent manual breastpump yg dibeli pd thn 2005.. Masih berjasa.. Hanya perlu tukar all the parts kat dlm yg dah kuning2 je..

Pic 2 - susu awal @ colostrum yg sgt berkhasiat.. Hope baby nak minum..

Pic 3 - anak2 mama anugerah Allah yang sgt berharga.. Syukur ya Allah..






Latest n final edition

Name: -still undecided yet-
DOB: 25 March 2013
Sex: Boy
Weight: 3 kg


Alhamdulillah.. Safely delivered you sayang..
Semoga menjadi anak yang soleh..


Monday, February 4, 2013

Almost 27 months...

My darling Khayra...
How time flies...
You are still petite yet getting smarter everyday...
Alhamdulillah... May Allah blessed you always...

Friday, January 25, 2013

Doa Perlindungan

Assalamualaikum....

Lately macam2 yang berlaku sini sana..
Kebetulan ada kawan berkongsi doa ini di facebook.. Maka saya kongsikan di sini pula.. Harap menjadi amalan pada diri sendiri juga dan insyaAllah semua yang berlaku adalah kehendakNya